Dalam usaha MTADS untuk melahirkan HUFFAZ yang berdisiplin dan berakhlak mulia , pihak MTADS telah membahagikan waktu pengajian pelajar selama 3 tahun untuk mengkhatamkan hafazan Al-Quran .Dan selepas tamat hafazan pelajar MTADS akan diterapkan dengan SISTEM ULANGAN SYAHADAH. Pihak MTADS juga telah menetapkan target hafazan yang perlu di capai oleh setiap pelajar iaitu 70% pencapaian sebelum pelajar dibenarkan balik bercuti. Bagi menguji tahap kefahaman dan kebolehan pelajar, mereka di uji melalui ujian dan peperiksaan samada bertulis atau lisan. Peperiksaan dijalankan di penghujung setiap penggal iaitu pada bulan yang ketiga setiap penggal. MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN AlQuran Syafawi dan Tahriri, Fekah , Tajwid, Akhlak, Tauhid ,Tarannum dan kelas Marhaban . Disamping itu, pelajar turut di ajar MEMANAH pada hari cuti . Aktiviti Harian Rutin harian pelajar MTDS Bermula pada jam 4.30 pagi dan berakhir pada jam 11 malam. Pelajar diwajibkan tasmi’ hafazan baru bermula jam 7.30 pagi -9.00 pagi jam 9.00- 9.15 pelajar MTADS akan bersolat dhuha 9.15-9.30 pagi pelajar akan sarapan pagi 9.30 -11.30 pelajar akan murajaah juzuk yang baru dihafal 11.30 -12.15 kelas fardu ain 12.30 -1.00 rehat 1.15 pelajar MTADS diwajibkan bersiap dan berada di surau ,selepas solat zohor pelajar akan makan tengahari Kemudian kelas murajaah (mukhtar )akan bermula pada jam 2.30 petang -4.30 petang . Selepas tamatnya kelas murajaah pelajar akan bersiap untuk solat asar. Selepas solat asar pelajar DIWAJIBKAN RIADAH petang dari pukul 5.00-6.00 ptg. Pukul 6.00 -6.30 ptg pelajar akan mandi dan mmbuat persiapan untuk solat maghrib. Selepas solat maghrib, setiap pelajar akan memulakan hafalan baru. Pelajar akan makan malam setelah selesai solat Isyak dan kemudian menyambung kelas ulangan Al-quran pada jam 10.00-11.00 malam. Disamping itu, anak didik MTADS diwajibkan untuk menunaikan solat dhuha, taubat, hajat. Pelajar juga digalakkan untuk berpuasa sunat hari Isnin dan khamis. II. Aktiviti Mingguan Antara program mingguan pelajar adalah perhimpunan pagi setiap (Ahad ), aktiviti ko-kurikulum seperti seperti kursus imam, bilal, kursus berkhutbah, solat jumaat, solat sunat hari raya, pengurusan jenazah, kursus tahlil dan arwah, kursus solat khauf dan solat istisqa’ dan sebagainya yang berkait rapat dengan hal-hal kemasyarakatan. Selain itu, sesama pelajar akan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan adakalanya turun bersama membantu masyarakat di sekitar mengikut keperluan mereka. III. Aktiviti Bulanan - Kelas Marhaban Kelas Tarannum ,Majlis Muhadhoroh iaitu program yang yang di anjurkan bagi mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar MTADS. - Rehlah (berdasarkan performance pelajar) - Menghadiri jemputan dari luar khasnya program yang berkaitan khidmat kepada masyarakat seperti gotong-royong, majlismajlis keraian dan sebagainya IV. Aktiviti Tahunan - Menyertai pertandingan anjuran pihak luar seperti hafazan, nasyid, azan, dan sebagainya. - Lawatan sambil belajar - Majls keraian sempena bulan-bulan Islam seperti Maulidur rasul - Kursus Sempena cuti sekolah seperti Kem Ibadah dan Penghayatan al-Quran SYARAT KEMASUKAN PELAJAR i) Berumur 9-12 tahun ii) Mempunyai minat dan keinginan yang tinggi iii) Boleh membaca jawi atau rumi iv) Lulus temuduga Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah(MTADS ) ditubuhkan secara rasmi pada awal 2015 |